As-soff

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah penolong-penolong(agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

(As-soff:14)

Monday, March 15, 2010

kegelisahan

assalamualaikum..

sekarang ini, hati saya rasa sedih sangat...mcm2 yang saya fikirkan, terutamanya dalam menyiapkan tesis nie..

Bila ada perasaan sebegini, saya suka membuka buku yang dihadiahkan oleh adik usrah saya masa di tahun 2 'Jangan bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia'. Saya pun membaca salah satu tip yang ditulis dalam buku ini "kegelisahan itu menyeksa jiwa dan raga"

Kata orang : "Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan."
Tapi aku katakan : " Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit."

kesan buruk yang muncul sekiranya kita berasa gelisah adalah kita akan hilang konsentrasi, ini disebabkan fikiran kita menjadi kusut dan tidak fokus. Tapi sekiranya kita mampu mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan terburuk, maka sebenarnya kita telah memfokuskan fkiran ketika menghadapi setiap masalah.

Dalam keadaan kegelisahan, kita tidak akan mampu untuk bersemangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan dgn baik. Ketika kita merasakan bahawa kegelisahan akan menggoyangkan kita pada hari ini, maka kita perlu kembalikan ingatan kita pada keadaan yang paling buruk yang pernah kita alami sebelum ini. Dengan demikian, akal kita terbebani dgn dua bebanan yang berbeza, sbg ganti dari dibebani oleh satu bebanan. Bebanan yang lebih kuat di masa lampau akan mengalahkan bebanan masa kini yang lebih ringan

ketika itu seseorang akan berkata"tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari krisis di masa lalu. Walau demikian, aku melaluinya dengan berjaya. Bila anda telah mampu melalui krisis tersebut dgn selamat, lantas kenapa harus khuatir menghadapi krisis yang terjadi di saat ini, krisis di saat ini yang sebenarnya lebih mudah dan ringan bahayanya.

Sesungguhnya, kegelisahan lebih dekat mencengkam diri anda ketika anda berada di luar waktu kerja. Kegelisahan hanya akan melanda diri anda ketika waktu luang anda tanpa sebarang perkerjaan kerana ilusi anda pada ketika itu akan menghimpun dan memikirkan bermacam2 segala kemungkinan. Adapun, untuk mengubati keadaan tersebut, hendaklah anda sibukkan diri anda dengan kerja penuh kesungguhan...

Alhamdulillah...bagus betul nasihat nie...jadi untuk menghilangkan rasa sedih dah gelisah ini, saya kena rajin buat kerja..sibukkan diri...untuk menjadi seorang muslimah yang proaktif...

1 comments:

AmirahFansuri said...

salam. nak tambah (yg tulisan biru tu ayat buku...)...sihah pesan..hehe

Post a Comment